Assalamualaikum ,Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi.
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

Sunday, 21 April 2013

MASYAALLAH, GERAMMNYAA ANA DGR SUARA BUDAK NI !! JOM NGAJI JOM :)

Saturday, 20 April 2013

SIFAT2 MAZMUMAH MAMPU MEMADAMKAN KEBAHAGIAAN


glitter-graphics.com
""Ya ALLAH! AKU NAK BAHAGIA ,AKU NAK BAHAGIA!!!
 BAHAGIA ,
KNP ENGKAU X PERNAH MENYEBELAHI AKU??""

persoalan ini sering bermain diminda kita apabila kita sering dilanda dugaan dan musibah,
kita sering menyalahkan takdir dan menunding jari terhadap org lain apabila kita dilanda musibah   :contoh ayat2 yg sering dikatakan :       

"nak buat mcm mana dah nasib aku malang mcm ni"
 "apa lah malang nya nasib aku ni"
"mgkin aku x ditakdirkan utk bahagia " 

Ayat2 sebegini sering dilontarkan .. 
kita sering menyalahkan takdir tanpa kita ketahui hakikat punca kenapa kita x bhagia?? 

muhasabah balik diri kita ,
mgkin dalam diri kita mempunyai baNyak sifat mazmumah .
dan sifat tersebut lah menjadi hijab (penghalang) antara kita dan kebahagiaan .


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta harta dunia   - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…


SAHABAT2 CER RENUNGKAN BALIK SEMUA YG HUDA TULIS DI ATAS ,
ADA X DALAM DIRI SAHABAT2 SIFAT MAZMUMAH TERSEBUT DLM DIRI SAHABAT2???? 

SEBENARNYA BKN KITA YG X DITAKDIRKN UTK BAHAGIA  DANJGAK BUKAN ORG LAIN YG MERAMPAS KEBAHAGIAAN KITA KAN??

Jadi TUNTASNYA , yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara 100% disebabkan TAKDIR, kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah SIFAT MAZMUMMAH YG ADA DLM DIRI KITA ..

CER renung renungkan eik :) 
sekiranya terdapat sifat2 tersebut dlam diri sahabat2 .. 

cubalah berubah utk menjadi lebih baik dgn :

1. Dekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.  Paling utama solat, mengaji al-Quran dan wirid jangan ditinggalkan.

2. Sentiasa mendengar kuliah atau ceramah oleh ustaz.

3. Cari tempat yang sunyi, beribadat, bertafakur dan bermuhasabah diri. Fikir tenang-tenang.

4. Bergaul dengan orang yang positif dan berada dalam persekitaran yang positif.  Segala yang positif akan membuatkan kita juga positif.

5. Mencari seorang yang boleh dipercayai sama ada dari segi agama atau akhlaknya untuk diceritakan masalah kita.  Semoga mereka memberi nasihat dan panduan yang dapat membantu menyelesaikan masalah.  Harus berhati-hati menceritakan masalah kita, takut nanti penasihat itu pula yang jadi batu apinya.  Bercerita dan mengadulah dengan Allah SWT, Dialah sebaik-baik Penasihat dan Pendengar


.6. Banyakkan bersabar.  Setiap manusia akan diuji dengan kemampuannya.  Itu hakikat kehidupan yang harus kita terima dan reda. 

7. Sentiasa bersyukur... Dapat nikmat pun bersyukur, dapat ujian pun bersyukur.

8. Bersihkan hati.  Paling utama jangan ada perasaan hasad dengki, riak atau takbur.

PALING PENTING ! 
Berlapang dada.  Ingat apa yang berlaku dengan takdir Allah dan dengan izin-Nya.  Pasti ada hikmah disebalik itu.
Teruskan berdoa sampai bila-bila di samping berikhtiar untuk menyelesaikan masalah.

SETIAP MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA - MENCARI KETENANGAN JIWA

  • Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, ana ingin berkongsi dengan sahabat sahabat semua CARA  Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.

    Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.. 


    1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
    Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
    “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
    Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
    Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
    Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
    Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
    Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
    Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

    2. Menyayangi orang miskin
    Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
    Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
    “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
    Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
    Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
    Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

    3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
    Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
    Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
    Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

    4. Menjaga silaturahim
    Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
    Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
    Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

    5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
    Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
    Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


    6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
    Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
    Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
    Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


    7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
    Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
    Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


    8. Tidak meminta kepada orang lain
    “Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
    Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
    Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


    9. Menjauhi hutang
    Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
    “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
    Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
    Sabdanya: “Kerana hutang.”
    Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
    Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
    “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


    10. Selalu berfikir positif
    Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
    Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
    Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


    Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Tuesday, 16 April 2013

tanda tanda kematian menurut imam ghazali


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.Wtanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.  


40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 



Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 


Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
Nazak atau Tanda Akhir
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

siapa anda ? perempuan atau muslimah???

Perempuan dan muslimah adalah satu perkara yang berbeza. Perempuan adalah perempuan biasa. Even yang bukan beragama Islam pun kita boleh kata dia perempuan. Tapi Muslimah ini Allah bagi khas buat wanita Islam sahaja. Hebat kan Allah? :) MAksud muslimah adalah, wanita Islam, yang pandai menjaga kehormatan dirinya dan melaksanakan perintah Allah. Berbeza kan? Tapi, persoalannya sekarang ni, pandai jaga kehormatan yang macam mana tu? Haa, mula-mula sekali, dari segi pakaian, dah tertutup dari atas sampai ke bawah ke? dah betul2 tutup tanpa ternampak walau sedikit pun? Tak susah sebenarnya kalau dilakukan secara perlahan-lahan. Yang penting niat kerana Allah. Tentang tudung , dah cukup labuh? Baju , dah cukup longgar? Seluar , dah cukup longgar? #SelfReflect. Jangan peduli apa orang nak kata, pedulikan cemuhan manusia. Kita kan muslimah? Kerana, seorang muslimah itu boleh setabah Maryam, meski dikeji, dicaci, namun itu cuma cercaan manusia. Sucinya Allah memuji. Subhanallah, indahnyaa .. 

Kemudian, kehormatan diri dari segi akhlak kita. Tepuk dada, tanya iman. Apa yang kita lakukan selama ni bakal menunjukkan yang kita adalah seorang Muslimah andai kita terlalu mengikut adat dan budaya barat ? Allahuakbar, meski banyak dugaan yang perlu ditempuh, ingatlah "La tahzan, innallaha ma'ana". Dugaan bererti, Allah masih ingat dan sayangkan kita. Bersabar ye bakal para syuhada' sekalian :) Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.


COPY PASTE

Monday, 15 April 2013

lelaki yg ditarik wanita masuk ke neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
p/s : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.
Imam Muda Nazrul

penyakit yg menimpa wanita yg tidak menutup aurat .

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah) Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki. Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32) 

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.
Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.
Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???
(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)

www.Islamituindah.my

tip mudah utk jd org baik ;)

.Ingat kebaikan orang lain kepada kita 2.Ingat kesalahan kita kepada orang 3.Lupa kebaikan kita pada orang lain 4.Lupa kesalahan orang pada kita.glitter-graphics.com

kata2 hikmah ..


§ Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci
§ Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati
§ Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
§ Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
§ Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
§ Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
§ Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
§ Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
§ Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
§ Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
§ Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
§ Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
§ Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
§ Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
§ Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
§ Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
§ Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya
§ Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
§ Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.
§ Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
§ Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
§ Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
§ Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
§ Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
§ “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah al-Hajj:77)
§ “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan” (Surah Yusuf:18)
§ Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
§ Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
§ Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
§ Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
§ Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
§ Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
§ Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
§ Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
§ Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
§ Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
§ Kekitaan yang erat tiada yang berat.
§ Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
§ Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
§ Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
§ Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
§ Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Sunday, 14 April 2013

Kenapa bahagia x menyebelahi aku ????


"aku nak bahagia ! nak bahagia !! bahagia kenapa x pernah menyebalahi aku ???!! kenapa ?knapa Ya ALLAH !?? 


YA ALLAH ,..
sayang sayang ..syg ingat lah x semestinyer kebahagiaan yg diimpikan  ,dpt dikecapi drp secangkir hati seorg insan .. DAN  x semestinya kebahagiaan itu  dtgnya dr kemewahan dunia ..

Tapi sedarlah ,!
ALLAH maha menyayangi ..
DIA x akan biarkan hambanya kesunyian tnpa teman disisi .. krna itu DIA hantarkan kita ibu dan ayah yg amat mncintai kita walaupon anaknya seorg penagih dadah ,..

SEDARLAH ..!
kita xakn dpt hidup d dunia ini  tanpa mereka ,dan xakn bahagia SELAMANYA andai tiada redha drp mereka .. MEREKALAH KUNCI KEBAHAGIAAN kita diakhirat kelak ..
Dan ingat ,
Andai suatu hari nanti kita hlg segalanya ,Perhatian manusia ,cinta mahupon harta dunia ,..ALLAH ttp bersedia mndmpingin hati kita utk terus sntiasa terus dn lurus menuju jalan redhanya ...

BIAR HILANG KASIH ,PERHATIAN DAN CINTA DR MANUSIA ,TP JGN BIARKAN PERHATIAN ,KASIH DN CINTA DR ALLAH HLG DEMI KESUCIAN HATI KITA ..

ingatlah andai kita merasa kn bahawa "nobody" di sisi even ur family ..
ALLAH masih ada menemani ,malaikat raqib & atid berada disisi ..dan .. ALLAH adalah pendgr setia rintihan dr hamba2nya .. MERINTIHLAH PADA DIA ..mohonlah ampun dpD NYA SERAH LAH HATIMU
pdNYA ...


"yA RABBUL IZZATI..aku mohon keampunan dan pengampunan drMU"

"Ya RABBI ..aku mohon kasih sygMU yg x bertepi drMU YaALLAH ..
aku hnyalah seorg hambaMU yg hina yg trlalu byk dosa dgnMU .."

"YA RAHMAN ,. Engkau bukakanlah mata hatiku ini utk sntiasa sedar akn smua dosaku padaMU dan ibu ayah ku "

"Ya RAHIM,Engkau tambahkanlah ketaqwaan dan keimanan dlm diriku ini "

"Ya ALLAH ,Engkau limpahkan lah kesabaran, keikhlasan , dan ketabahan seluas lautan ciptaanMU di dalam JIWAKU  .."



Ya ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIM ,.. 
 """ ALLAHUMMAKHTIM `ALAINA YA ALLAH , BIHUSNIL KHOTIMAH !! WA LAA TAKHTIM `ALAINA              YA ALLAH BISUU -IL KHOTIMAH """

............................................wardahhuda _ aufayusof.....................................................

Di Mana ALLAH dalam kekuatanmu ??

pernah suatu ketika ,seorg sahabat mendekati ana tatkala jiwa kecamuk dgn cabaran2 yg mendatang . Tampak jelas ana eolah olah tak mampu utk berdiri teguh merentas hari2 yg sarat dgn isu dan masalah . Sahabat itu ,dgn galak matanya dgn senyuman manis nya menyapaku dgn tenang .. KETENANGAN yg sudah tidak asing lagi bg diriku . Tidak byk yg dilontarkan dr bibir sahabat itu .Namun ,Kata katanya masih lagi terngiang ngiang di telinga, terpasak di minda dan mengakar disanubari ini ..


Ana masih ingat persoalan yg dilemparkan olehnya . Persoalan yg diajukn membuat ana terpaku tanpa kata . 
 
Ia bertanya :" APAKAH KEKUATAN YG MENDORONG NTI UTK BERAMAL DAN MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH ?? 

ana tersentak ...

WHAT kind of question is this ?? wHere is she going with the question ? Is this is a trick question ??... 

"Faham ke tak soalannya??" dia bertnya lagi sambil mengukir senyuman .

ana mengangguk ,meskipon hati masih belum 100% pasti dgn fahaman sendiri ...

"Erm rasanya byk la juga punca punca kekuatan ana . Ana sentisa trdorong oleh sahabat sahabat lain yg sama beramal utk ALLAH s.w.t .Ramai sahabat2 yg memberi teguran ,peringatan dan mengajak meningkatkan amalan2 seharian .Kemudian Tarbiayyah yg ana lalui juga byk membantu membina zatiyah dalam diri .Tarbiyyah itu memberi kesedaran yg besar tntg tggungjwab sebenar seorg muslim .Rasanya fitrah manusia itu sndiri juga memainkan peranan .Kita sebagai sememangnya diciptakan utk memakmurkan bumi ALLAH berlndaskan  hukum2 ALLAH ,semestinya elemen fitrah itu juga menolak diri ana  utk melaksanakan tanggungjwab sbgai hambaNYA .." 

itulah celoteh ana utk meyakinkan sahabat itu .

Skali lagi dia tersenyum .. Ana senyum sekali sambil memandang tepat ke matanya .. 

Dia pun berkata " Okay, so you mentioned your friends ,tarbiyyah and fitrah .," 
Ana mengangguk tanda setuju ..

Dia menambah ,"DIMANA ALLAH DALAM KEKUATAN NTI ???"

Astaghfirullah ,ana trtampar dgn persoalan itu ,.. tamparan itu mash lagi terasa sehingga kini . Persoalan itu telah membuka mata dan minda ana yg masih cetek  ketika itu ..

DIMANA ALLAH??? apakah peranan ALLAH dlm kekuatan dan zatiyyah diri ana??? 

......................................................................................................................... 
syukran kepada semua sahabat2 yg byk membantu ana ..

#*<3 syukran kpd ukhty AIMAN fifi sudi kongsikn nota2 yg berguna utk ana ..

Tazkirah

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

(Asy-Syahid Hassan al-Banna)


glitter-graphics.com

pesanan Asy syahid imam hassan al banna

.
wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN...


glitter-graphics.com